Tips Servis Kereta

|

Monday, August 30, 2010

Salam Aidil fitri dri auto zone creator..seperti mana yang kita tahu sekarang kta berada di 21 ramadhan..
jdi kepada umat islam khususnya yang akan menyambut hari raya dikampung pastikan kereta anda berada 
dalam keadaan sedia untuk pulang  kekmpung ini penting bagi mengelakkan sebaraang kemungkinan yang 
boleh berlaku didalam perjalanan pulang ke destinasi yang hendak dituju.
 
Service Setiap 5,000 / 10,000 Km
Banyak panduan penjagaan kereta boleh diperoleh menerusi Internet, penjual 
kereta, ejen insuran dan Persatuan Automobil Malaysia (AAM). Bahagian komponen 
penting yang perlu diberi perhatian ialah enjin, aci pemacu, belt, penjajaran 
dan pengimbangan roda, pengalih haba, clutch, stering, sistem transmisi dan 
sistem bahan api.


Hawa dingin
>Periksa sistem penghaus dingin, saluran getah, penyambung dan kebocoran pada 
 sistem penyejuk setiap 20,000 km.
!!! didalam keadaan cuaca yang tidak menentu ini pastikan sistem penghawa dingin 
boleh beroperasi dengan baik.
 
Klac
>Pastikan free play clutch  berada pada spec yang telah dtetapkan utuk memastkan 
clutch boleh engage and disengage dengan betul. 
 
Sistem transmisi/kotak gear
>Periksa keadaan/paras minyaknya bagi setiap 10,000 km. Tukar minyak pada setiap 
 40,000 km. Bagi sistem pembakaraan/ minyak, karburator perlu dibersih dan 
 servis setiap 20,000 km. Periksa pam minyak dan kebocoran bagi setiap 20,000 km.

Tekanan angin tayar
>Perlu diperiksa setiap 3,000 km. Seimbang dan tukar-alih tayar bagi setiap 
 10,000 km. Perbezaan paras. Periksa kebocoran, keretakan dan paras minyak bagi 
 setiap 10,000 km. Tukar minyak bagi setiap 40,000 km.

Drive shafts/propeller shaft
>Periksa penyambung yang tidak ketat dan semakin haus bagi setiap 10,000 km.

Timing/drive belt
>Ditukar bagi setiap 10,000 km atau empat tahun yang mana lebih awal. Periksa 
`belt' penghawa dingin, stering kuasa dan lain-lain setiap 8,000 km.

Enjin:
>Enjin - tune up bagi setiap 10,000 km
>Ujian tekanan (compression) setiap 40,000 km
>Tukar pelincir bagi setiap 5,000 km
>Tukar penapis minyak pelincir bagi setiap 10,000 km
>Tukar penapis angin/minyak bagi setiap 40,000 km
>Tukar palam pencucuh bagi setiap 20,000 km
>Tukar `contact point' setiap 10,000 km

Radiator/sistem penyejuk
>Periksa lebih kerap paras penyejuk dan saluran paip. Cuci dan ganti bahan 
 penyejuk bagi setiap 40,000 km. Digalakkan menggunakan `coolant bagi memastikan 
 enjin tidak terlalu panas dan membentuk karat terlalu cepat.

No comments:

Post a Comment